Tuesday, 8 September 2015

Usaha Menipu Diri Sendiri (Cerpen Sempoi)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Perrgghh... rindu gila nak menulis baq ang! Tapi bukan waktu nak menjawab soalan percubaan pun memang kena menulis ke? Ke Fitri seorang je yang tak rasa macam menulis? Kehkehkeh...

Fuhhh... habis sudah percubaan yang sangat-sangat membuatkan Fitri tak cukup tidur + tak cukup masa + tak cukup kalsium (apakah???). Dah berusaha siap hari-hari pakai konsep redha. Hehehe... redha sangat sebab dah tak larat nak ulang kaji. Penat otak beb! Jadi, lepas ni hanya berserah pada cikgu subjek untuk memberi Fitri apa. Ayam golek ke Badak berendam ke Chicken Chop ke Dadih ke E... makanan apa ek mula huruf E? Hmmm...

So, alkisahnya Fitri nak jamu korang dengan cerpen sempoi Fitri yang tak ada rupa cerpen pun sebenarnya dengan temanya : MENIRU!

Meniru... di mana-mana pun ada meniru. Dalam dewan peperiksaan, lagilah ada yang meniru. Betul tak? Tak betul? Maka tahniahlah jika tiada yang meniru kerana meniru adalah usaha yang sangat-sangat pandai tapi bodoh. Apa barang bro, result cun tapi tiru? >_<

So, tak payah nak bermukadimah mengalahkan bagi ceramah motivasi, jemputlah baca ya.

P/s : Mohon adik-adik jangan salah guna konsep redha yang akak nyatakan di atas tu tau. Belajar selagi boleh. Akak redha-redha pun belajar juga sikit-sikit. Janganlah tak sentuh buku langsung dah kata.. aku redha... aku redhakan kau pergi kang akak buat! *_*

Macam jahat tapi serius macam inilah perasaannya waktu tengok orang meniru.
Hadoii...



~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~

Hari ini 28 Mei, hari Khamis dan esok hari Jumaat. Sebenarnya esok masih ada dua kertas yang perlu aku duduki untuk peperiksaan pertengahan tahun. Dua kertas tersebut adalah kertas Biologi 1 dan 2.

Sebenarnya mood nak belajar tu dah lama ke laut, kena pula Sabtu, 30 Mei tu sudah bermulanya cuti penggal kedua selama dua minggu. Dalam kepala otak aku yang besar ni dah ada macam-macam perancangan untuk menghabiskan maca cuti aku.

Tapi, nak tak nak aku perlu ketepikan dahulu perancangan tu sebab esok masih periksa. Tapi, novel dalam almari tu macam dah terpekik terlolong memanggil aku untuk membaca ‘mereka’.

Memang godaan syaitan betul!

Lepas habis PMR dua tahun lepas tak ada pula mood nak baca novel bagai. Tiba-tiba pula hampir lima bulan menuju SPM ni, mood nak membaca novel ni naik mendadak macam gunung berapi yang dah tak sabar nak muntahkan lava yang mampu meranapkan bumi yang girang menjadi tandus.

Syaitan memang benci betul kalau ada anak cucu Adam yang nak menimba ilmu. Macam-macam nikmat duniawi yang dia tawarkan untuk kita sehingga mampu membutakan hati dengan kegelapan dunia. Okey, berhenti kejap, nanti aku sambung balik.

Tretttt...

Okey, dah bebas dah! Yeay! Dah selamat dah aku daripada cengkaman peperiksaan pertengahan tahun yang berjaya membuatkan otak aku gempa dengan kekuatan 5.5 skala richter. Tapi aku tak puas hati setiap kali peperiksaan. Tak puas hati dengan budaya MENIRU!


Setiap kali mata aku terpandang budak-budak yang meniru ni, tangan aku ni laju aje ada ‘perasaan’ macam nak tampar muka si peniru dan si bagi tiru tu seratus lapan puluh enam kali. Bagi aku, tak kiralah yang meniru atau bagi tiru tu pelajar paling cemerlang di Malaysia sekalipun, aku betul-betul hilang rasa hormat pada mereka.

Memanglah betul kalau mereka nak meniru tu hal mereka, tapi kau faham tak macam mana perasaan apabila nampak orang meniru? Nak marah tu satu, rasa nak tampar orang pun ada juga. Tapi, nak tegur supaya mereka jangan meniru tu, faham tak perasaannya macam mana? Kena pula yang kita nak tegur tu kawan kita. Aku tak suka nak masam-masam muka hanya kerana hal kecil macam meniru ni.

Tapi, betul ke meniru tu hal kecil?

Tak! Meniru tu hal besar! Mungkin betul kita dapat keputusan gempak hasil meniru, tapi kau rasa ada nilai ke keputusan tu? Tak ada! Mungkin ada nilai untuk sambung belajar, tapi keberkatan... adakah kita akan mendapat keberkatan jika kita mendapat sesuatu dengan cara yang salah?

Kena pula jika ramai yang tahu yang kita ni kaki tiru. Mereka takkan salute kita sebab mereka tahu keputusan kita yang telah membanggakan ibu bapa kita tu adalah hasil meniru. Jadi, dalam bahasa mudahnya, keputusan gempak pun tak guna kalau kaki tiru.

Kau mungkin tak nampak lagi akibat meniru tu, tapi yakinlah yang kau pasti akan menyesal suatu hari nanti saat kau cuba untuk menceritakan keputusan cemerlang kau tu pada anak cucu.

Kau mungkin nampak macam seronok bila orang lain asyik meniru setiap kali peperiksaan, tapi sebelum kau cuba nak rasa keseronokan macam yang mereka rasa, renung semula pengorbanan ibu bapak kau. Mereka sanggup berhabis wang ringgit membeli entah berapa buah buku rujukan setebal Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka supaya kau belajar.

Harapan mereka adalah supaya anak-anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dengan usaha sendiri. Memanglah meniru tu pun usaha tapi itu usaha menipu diri sendiri. Kau kalau dah tahu diri tu asyik dapat warna merah, jangan putus asa lepas tu ambil jalan pintas untuk mendapat gred yang lebih bagus dengan meniru.

Biarlah kau tak cemerlang sekalipun dalam peperiksaan asalkan kau tahu keputusan tak cemerlang kau tu adalah takat kepandaian kau. Sekurang-kurangnya kau boleh nampak sama ada kau ni makin bersedia menempuh peperiksaan besar seperti PT3 dan SPM atau makin menjunam ke dalam gaung.

Ingatlah budak-budak, kita sekolah hanya sekali seumur hidup. Kau nak tempuh PT3 dan SPM tu pun sekali aje dalam seumur hidup melainkan kau nak ulang untuk SPM. Kau mesti tak suka kalau ada orang merosakkan barang-barang berharga kau. Macam tu juga waktu sekolah yang berharga ni, jangan cemarkan dengan benda sia-sia macam ni.

Ingat budak-budak, jangan meniru! Kau tiru tu hal kau tapi yang rugi kau bukan aku. Aku bangga dengan keputusan aku walau banyak warna merah asalkan aku bukan salah seorang kaki tiru dan bagi tiru. Sekian.

Peace no war!

~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~#~

Dah lama gila cerpen ni Fitri simpan. Tengok tarikhnya pun korang dah tahu.
Beza September dengan Mei. Heee... :P

Dah habis percubaan dah pun. Cerpen ni baru nak peperiksaan pertengahan tahun. Hehehe...


Khas untuk adik-adik akak yang berusia 12 tahun...
Akak nak ucapkan semoga berjaya dalam UPSR yang bermula pada hari ini sehingga lusa.
Ingat pesan tak berapa nak khidmat masyarakat dari akak...
Biar kita pecah kepala fikir jawapan,
jangan kita tersenyum riang kerana meniru!

MENIRU MEMANG USAHA TAPI USAHA MENIPU DIRI SENDIRI!
JAUHI DIRI ANDA DARI LEMBAH PENIRUAN!
AWAS, TIADA KEBERKATAN JIKA MENIRU...

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca luahan hati Fitri. ^_^

No comments:

Post a Comment