Assalamualaikum dan hai semua...
SENYUM! J
Siapa kata aku menggatal kalau
senyum... J Senyum J Aziz Harun
Bait-bait lirik lagu tersebut tiada salahnya. Kenapa
orang sekarang ni suka sangat buat persepsi pada pandangan pertama? Kita senyum
punyalah ikhlas, yang menerima senyuman kita tu boleh pula selamba badak sumbu
air menuduh yang kita ni gatal.
Hello, senyum itukan sedekah! [Jom senyum banyak-banyak JJJ]
Itu belum lagi kalau kita senyum pada lelaki/perempuan.
Rasanya mahu terbakar hati gara-gara dilempar oleh fitnah. Gatal katanya! Okey,
dalam kes ini aku faham sebab kalau ada lelaki senyum dekat aku pun aku akan
cakap dia gatal terutama kalau senyum dia senget 30 darjah tak kiralah senget
ke kiri atau ke kanan. Tak reti senyum betul-betul ke, bang?
Cinta pandang pertama... pernah dengar kenyataan tu?
Wujud ke? Aku macam susah nak percaya kenyataan tu sebab tak pernah rasa.
Melalui pandang pertama, cinta tersebut akan turun terus dari mata ke hati.
Tapi, nak menuju ke hati tu pasti ada ‘R&R’. Ke mana lagi kalau bukan ke
bibir. [Maksudnya senyum, bukannya babak drama Korea, ya.]
Senyuman, terutamanya senyuman seorang wanita mampu
menjadi senjata utama untuk lelaki tergoda. Lihatlah betapa hebatnya kuasa
senyuman. Maka, gunakanlah senyuman itu sebaiknya.
Gunakanlah senyuman tersebut untuk buat amal jariah,
jangan guna untuk cari jalan masuk neraka jahanam. Senyum baik-baik, jangan
senget-senget dan ikhlaskan hati sewaktu bibir mengukirkan senyuman.
Senyum itu apa?
Senyum itu sedekah!
Peace!
JJJJJJJJJJ
N♥ta Cinta dari Fitri:
Saat kau sudah berfikir mahu berubah,
tak usah ragu-ragu
teruskan melangkah ke arah perubahan yang kita inginkan
NEGATIF kepada P♥SITIF.
Jangan biarkan kita menjadi seorang yang takut.
Takut pada dunia.
Takut masa tidak sesuai.
Takut akan kehilangan kawan-kawan.
Percayalah...
apa yang kita hilang pasti akan digantikan dengan yang lebih
BAIK.
InsyaALLAH...
Yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T
Yang buruk itu datangnya dari Fitri.
Maafkan andai Fitri telah menyakiti kalian tanpa Fitri
mahupun sesiapapun menyedarinya kecuali dirimu yang terguris di
HATI.
Wassalam. Tata. Thanks sudi baca luahan hati Fitri. ^_^
Senyum kan sedekah :)
ReplyDeleteSenyum juga sunnah. :)
Delete