Monday, 14 September 2015

Sama-Sama Kita Ubah

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...


  • Wanita Muslimah...Sebut sahaja Muslimah pasti kita akan automatik terfikir tentang seorang wanita yang indah berhijab. Mengapa berhijab?
  • Kerana hijab itu sinonim dengan wanita Muslimah.
  • Kenapa hanya dengan wanita Muslimah? Kerana cuba kamu pergi mencari wanita selain wanita Muslimah... 
  • Adakah kamu melihat mereka berhijab? TIDAK. Melainkan dengan izin Allah, hati mereka dibuka untuk melihat Islam dari sudut seorang Muslimah dengan berhijab.
  • Hijab itu bukan sekadar fesyen. Hijab itu adalah untuk menutup aurat kita daripada menjadi tatapan ajnabi.
  • NAMUN... lihatlah kita pada hari ini... hijab tidak lagi disarung ke kepala atas dasar mahu menutup mahkota yang indah daripada dijilat api neraka.
  • Tapi, disarung untuk mengikuti perkembangan fesyen hijab yang kian 'pesat'.
  • Ayuh Muslimah sekalian, sama-sama kita mengubah pendirian kita berhijab. Lakukannya demi untuk mendapatkan keredaan Yang Maha Esa.
  • Bukan untuk mendapatkan pujian manusia tapi untuk mendapatkan keredaanNya.



Aku juga bukanlah seorang Muslimah yang boleh dipanggil sebagai
Muslimah Sejati.
Namun, salahkah aku untuk mengajakmu sama-sama berubah?
Kita berubah bersama-sama dan insyaAllah ke Syurga juga bersama-sama.

Ayuh, berubah bersama-sama. ^_^
#ChangeTogether

Setiap manusia itu ada peluang.
Jadi, mengapa kita perlu rugikan peluang untuk hidup di atas dunia dengan perkara
yang kita tahu kita mampu ubahkannya mejadi lebih baik?
Kita tahu ia boleh diboleh...
Jadi, tak perlu tunggu... ayuh kita ubah bersama-sama.
Usah takut pada dunia.
Dunia akan hancur.
Dunia akan musnah.
Yang kekal adalah
AKHIRAT.
Dunia hanyalah jambatan untuk menuju ke akhirat.
Cedoklah sebanyak mungkin amalan sebagai bekalan untuk menuju ke akhirat.
Sama-sama....
KITA BERUBAH.
^_^
Usah dilihat seseorang itu dari sisi masa silamnya.
Sebaliknya...
Lihatlah pada sisi usahanya untuk menjadi seperti dirinya pada masa kini.
Don't just be a HIJABISTA girl.
But,
be a SOLEHAH girl too.
;)





Anak-anak kecil sering melihat orang dewasa sebagai contoh.
Apa yang dilakukan oleh orang dewasa pasti mahu dicubanya.
Tunjukkan contoh yang terbaik supaya mereka membesar menjadi yang terbaik.
^_^

Ayuh, rakan-rakan yang aku sayangi...
sama-sama kita berubah kepada menjadi yang lebih baik.

#ChangeTogether


Nota Hati -
Gambar-gambar comel yang terkandung di dalam entri ini adalah dari
GOOGLE.
Fitri memohon maaf kepada semua seandainya
ada hati yang terguris dengan kata-kata Fitri
yang mungkin Fitri tidak sedar bahawa kata-kata itu
mengguriskan hati kalian.
Fitri juga manusia biasa.
Fitri juga masih belum sempurna sebagai seorang Muslimah.
Tujuan entri ini bukan untuk menunjuk-nunjuk,
cuma mahu mengajak rakan-rakan untuk berubah.
Kita berubah bersama-sama.
Masuk Syurga pun insyaAllah bersama-sama.

#ChangeTogether

Usah nilai dari masa silam tapi bantu supaya masa hadapan 
seseorang itu menjadi lebih baik berbanding masa silam.
^_^

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca luahan hati Fitri. ^_^

8 comments:

  1. nice info.. done folo u, folo me back k http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... #ChangeTogether ^_^

      Saya akan follow back kemudian.. tunggu ya.. :)

      Delete
  2. salam nur fitri....akak nk jawap soalan awk di blog akak tadi... ;) x ada IG pun boleh join tau...meh join meh...akak jemput ye hihihi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam... ok, terima kasih kerana sudi jawab soalan saya.. pasti akan join! hehe.. ^_^

      Delete
  3. salam singgah kembali..tq sharing..
    done follow

    ReplyDelete
  4. #ChangeTogether

    InsyaAllah, sama2 kita ubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayuh.... sama-sama kita ubah..

      #ChangeTogether

      Delete