Tuesday 8 September 2015

Layanzzzz

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Nur Fitri...

Seorang budak montel yang kaki Youtube!

  • Biasa - Zahid feat Viral 

Dah ada double chin, lepas tu tambah pakej ada pula lesung pipit.
Kau tak rasa Fitri patut jelez ke?
Hokaiii... jelez! >_<
Meh sikit lesung pipit tu... (ngada2 pulok orang tua ni, Fitri la orang tua tu)
Setiap kali Zahid kata...
"Eh, mulakan semula lagu tadi!"
Setiap kali itu juga Fitri pergi mulakan semula.
*patuh*

  • Wiz Khalifa - See You Again ft. Charlie Puth

Video ni paling smart.
Actually, dia jadi smart sebab banyak kereta smart.
Smartlah sebab dah lagu ni ost untuk Fast & Furious 7.
Lagu dia pun memang best dan memang sesuai untuk didengar waktu tengah stres giler.
Nasib tak gila. =P

  • Mikraj Cinta - Dato' Siti Nurhaliza

Video ni paling terbaik dari Dato' Siti.
Jalan ceritanya amat menarik selain mampu mengalir air mata.
Oh ya, yang perempuan tu (yang kena penjara) tu
Janna Nick.
Pelakon dalam Syurga Nur (Akasia Tv3 sebelum ni)
Apa-apa pun video ni memang terbaiklah!
Dato' Siti tampak sangat-sangat elegan.
Tahniah Dato' Siti. ^_^

  • Jessie J - Flashlight


Lagu ni secara tak sengaja jadi lagu kegemaran Fitri.
Waktu tu tengah syok layan Facebook.
Tetiba keluar video Jessie J ft. dengan siapa tak tahu nyanyi lagu ni.
Memang best tapi waktu tu tak tahu lagi tajuk lagu.
Minggu depannya, tengah layan SIS kat tv9.
Last episod tu dia tayang klip lagu ni.
Siap tulis tajuk lagi kat bawah (Flashlight - Jessie J)
Esoknya terus download dan hari2 dok menyanyi lagu ni.
=P

  • Setia - Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir


Waktu tu tengah layan Facebook.
Scroll punya scroll keluar fan page Faizal Tahir.
Tak sangka tak like lagi fan page artis feveret kita, so kita pun pergilah like.
Waktu jenguk fan page FT, tengok gambar timeline dia.
Gambar lagu Setia.
So, kita agak FT keluar lagu baru feat dengan ET.
Gigih buka Youtube dan cari lagu ni.
Memang best lagu ni!
Bagi ilham nak tulis cerpen dan cerpen tu dah 50% siap.
Yeeepeee....
Nantikan cerpen tu pada masa akan datang.
Tak tahu bila.... ngeee... ;D


  • If You - Big Bang


Der, K-Pop mana boleh tinggal der!
Haha... nyampah?
Jangan risau arr, budak ni tahap K-Popnya dah tinggal serpih-serpih je.
Kut layan pun Running Man dengan Big bang je dan adalah 2 drama yang kita layan kat Tv.
Empress Ki dengan I Can Hear Your Voice.
Itu pun tak adalah pula sampai nak menghafal semua lagu Big Bang tu.
Kita layan lagu yang kita suka je.
Lagipun K-Pop boleh membantu Fitri bersemangat nak belajar.
Sebab apa?
Sebab budak ni berangan-angan nak sambung belajar kat Korea.
Ngeeee...
Tapi tak adalah pula pasang niat kalau dapat gi belajar kat Korea nak intai Seung-ri hari-hari.
Mahu kena sebat dengan mak kang.
Korea, nantikan kedatangan Fitri okey!
Seandainya rezeki Fitri berada di sana. ^_^

Itu aje nak merepek kali ni. Daaaa...

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca luahan hati Fitri. ^_^

2 comments:

  1. ini bekas peminat korean pop ke?hahahhaa...samalah..bhahahhahaha tapi kurg sgt Big Bang..kalau group bwh SM Ent saya layan..hahhahaha.....sekrg layan K-DRAMA.....btw I hear your voice tuh best kot..lpas hbis tgok rasa susah nak beralih ke drama lain........hahhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bekas? tak adalah bekas juga.. still ada sisa2 Kpop tu dalam diri.. kan... lagipun konflik dalam dalam I Can Hear Your Voice tu betul-betul menarik dan banyak tinggalkan teka-teki.. itu yang tak boleh nak tinggal tu.. hehe

      Delete