Assalamualaikum dan hai semua...
Masih di depan laptop sambil mengupdate blog. Ya, masih tak sedar lagi. Okey, kali ni sedar tu dah ada dah tapi baru 45.98%. InsyaAllah akan Fitri tingkatkan mulai minggu hadapan sebab minggu hadapan adalah TRIAL! Huwaaaa...
Jadi, jamuan hi-tea yang Fitri pergi petang semalam (22.8.2015) tu kira macam lastlah untuk Fitri berhibur sebab lepas ni akan mulanya demam peperiksaan. Orang lain dah lama dah demam, Fitri baru ada simptom kecik-kecik. Cissss!
So, ceritanya petang semalam pergi berhibur ke Hotel Casuarina, Meru. Ala, nama hotel yang tertulis atas jersi bola sepak pasukan negeri Perak tu. Situlah Fitri dengan geng pinky-pinky (pink sebab Puteri Islam) pergi berhibur. Nak cerita celah mana hotel tu terletak Fitri memang tak tahu macam mana nak cerita. Jadi, kalau nak tahu sangat pi Google je.
Gambar dari Google! |
Sampai aje dekat hotel tu kita orang agak terkejut beruk sekejap sebab kita orang dapat tempat untuk makan betul-betul dekat depan berhampiran dengan lobi. Kau boleh bayang tak macam mana Fitri rasa nak angkat sudu nak suap ke mulut pun rasa macam ada 10 pasang mata yang memerhati. Segan teramat sangat sampai rasa macam waktu tu juga nak balik.
Almaklum, budak ni suka sesuatu yang bersifat private. Macam hi-tea kita orang 2 tahun lepas kita orang dapat satu dewan khas sebab datang dalam kumpulan tapi bukan dekat Casuarina la. Kat tempat lain. Waktu tu memang makan pun ikut suka hati je ambil lepas tu kasut pun suka hati je buka. Siap ada yang berkaki ayam pergi ambil air. Hehehe... havoc tak? =P
Tapi okey jugalah dapat tempat terbuka macam dekat Casuarina kali ni. At least Fitri dapat belajar untuk lebih berkeyakinan menghadapi berpasang-pasang mata yang macam tak pernah nampak budak montel duduk atas kerusi sambil mengunyah dim sum dan kek keju. Paling tak boleh blah ada dua beranak ni daripada Fitri ambil mangkuk, sampai dah cedok aiskrim, sampai nak amik sudu, sampai nak balik duduk dekat meja pun mata tak lepas-lepas tengok Fitri. Fitri tak tahulah kut-kut aiskrim dalam mangkuk Fitri tu nampak lagi sedap daripada dalam mangkuk orang lain.
Tapi... servis Casuarina memang the best! Habis je kita orang makan terus abang dengan kakak waiter tu angkat pinggan kita orang yang bukan sekali tapi berkali-kali kita orang menambah. Siap ada sekali tu Fitri dera abang waiter tu suruh angkat semua sudu atas meja kita orang sebab nak susun hadiah. Heeee...
Sebelum makan tu sebelum sekali aku selfie dengan budak gila-gila. Hehehe... N, jangan marah naaa. Kalau N marah, akak jual N kat pasar pagi dua kilo seringgit. =P
*dipadam*
Lepas tu terus makan... ni part paling sengsara (pada awalnya la) sebab waktu ni Fitri perasan adalah dua tiga orang ni dok perhati je kita orang makan yang ketung-ketang pinggan dengan sudu. Kita orang dulu belajar etika makan dekat hotel dalam KH belajar macam nak tak nak je so kita orang memang makan pun ala-ala makan kat kedai mamak je cuma tahap ganas kat kedai mamak tu kurang sikitlah.
Sempat juga snap sikit-sikit waktu makan tu tapi Fitri ada satu je gambar yang paling cun yang boleh dishare waktu makan tu. Gambar lain semua dalam fon canggih insan-insan yang lain.
*dipadam*
Ni je yang Fitri ada. Huhuhuhu...
Lepas tu adalah kuiz teka berapa biji coklat dalam balang. Semua kena take part kecuali form 5 sebab semua form 5 adalah dikira sebagai AJK. Ngeee... oh ya, ada juga tukar-tukar hadiah. Setiap orang bawa hadiah lepas tu saling tukar antara satu sama lain. Ada juga hadiah untuk mereka yang berjaya mengikut tema iaitu Muslimah yang anggun dan manis dan whatever apa entah ustazah cakap hari tu. So, kita orang yang form 5 merangkap AJK dengan ustazah setuju untuk pilih Natrah.
She's really beautiful with purdah. Memang beranilah adik ni pakai purdah. Even Fitri yang teringin nak pakai purdah ni pun perlu berfikir berpuluh kali sebab yalah, mulut masih lancang selalu. Tudung pun hari ni tengok labuh bebenor, esok dah singkat pula. Jadi, entahlah... Fitri tabik arr kat adik Natrah. Gambar Fitri dan geng dengan Natrah tu ada tapi bukan dekat Fitri. Huhuhu...
Fitri tukang bagi hadiah dekat cikgu untuk disampaikan kepada ahli Puteri Islam, so waktu ni Fitri pilih hadiah siapa yang Fitri nak. Hehehe... Fitri pilih hadiah Liana sebab hadiah dia besar dan sangat menarik perhatian Fitri. Kihkihkih... Kema tak puas hati dan bertambah tak puas hati bila Fitri terbagi hadiah dia balik. Maknanya dia ambil hadiah dia balik.
Last-last, malas nak gaduh, tukar ajelah dengan dia. Fitri ambil hadiah dia, dia ambil hadiah dari Liana. Walhal Fitri dah tahu dah apa hadiah yang dia bagi sebab Fitri ikut waktu dia pergi beli hadiah tu. Cissss...
Tapi, balik-balik tu terus buka hadiah Kema dan Fitri pun macam wowww... smart juga hadiah dia ni. Fitri hari tu tengok sekali lalu je. Yang Fitri tahu dia beli buku nota kecil yang dah siap dibalut dengan sebatang pensil. Pensil dia smart. Nampak macam pensil kayu yang budak kecik pakai dulu-dulu, yang ada pemadam kat atas tapi sebenarnya ia adalah pensil mekanik. Buku nota tu pun comel dengan gambar teddy bear.
Warna ungu pula tu! Warna kegemaran Fitri! Macam tau-tau je hadiah tu akan jadi milik Fitri. Hehehe...
Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan ini saya, Nur Fitri,
merasmikan buku comel dari Kema The Cute.
(sometimes, Kema The Joker) =P
Abaikan tulisan yang cakar ayam pun lagi cantik tu! |
Pesanan dari kakak yang dah takkan jumpa adik-adik Puteri
pada tahun hadapan. Sayang korang ketat-ketat. =')
Waktu dah habis makan semua, dah nak balik, kita orang sempat juga selfie dan snap-snap. Bukan kita orang yang budak-budak ni je. Cikgu-cikgu sekali siap posing lagi dekat tangga. Hehehe... so, inilah hasilnya...
*dipadam*
*dipadam*
Ada banyak lagi sebenarnya termasuklah gambar dengan Natrah
tapi dalam kamera Atirah (adik Azy).
Lepas tu terus balik sekolah. Dekat sekolah barulah Fitri tonjolkan 'bakat' selfie Fitri yang jarang sekali Fitri tonjolkan di hadapan umum. Muahahaha... semua kata, apasal kau selfie macam tu, Fit? (angkat fon tinggi2 lepas tu snap, maaflah dah biasa) =P
Sebelum tu selfie dulu dalam bas dengan Liana. Dengan gegar-gegar dalam bas pun boleh juga snap. Pun boleh la...
*dipadam*
*dipadam*
*dipadam*
With Safura, one of my cute junior. ;)
*dipadam*
Adik-adik junior form 4 yang tak kurang havocnya.
Farah Aqilah a.k.a Neelofa & Shuhada
*dipadam*
Dapat hadiah beg sama dengan Shuhada. Cuma Shuhada lebih besar dari Fitri punya.
*dipadam*
Farah Adiba yang anggun bertudung jingga! ;)
*dipadam*
*dipadam*
Bila si Kema ni terlampau teruja memang macam itulah mukanya.
*dipadam*
*dipadam*
Kema tu nampak je menyempit kat situ tapi muka dia tak ada. Hehehe...
Sorry Kema, fon tak canggih kita muat muka dua orang je. ^_*
*dipadam*
Waktu ni nak ambil muka Shaz sorang2, dia pun datang terus sengih
macam kambing dan kejar Fitri selagi Fitri tak tekan butang untuk snap muka dia.
Shaz tak puas hati sebab muka dia separuh. Hahaha...
*dipadam*
Waktu ni Kema dalam cubaan untuk belajar selfie
tapi sayangnya tak center. Hahaha...
Kata Kema, okeylah tu tadi Shaz muka separuh sekarang dia pula muka separuh.
Apa-apa ajelah, korang... *pening kepala sat tadi*
*dipadam*
Last but not least, selfie dengan Shaz...
dialah yang sudi buka telinga dengar Fitri membebel tak tentu arah.
Bayangkan Fitri dengan dia tengah jawab Maths dan secara tiba-tiba
Fitri meluahkan perasaan yang Fitri teringin nak makan pau. Tak pun kita orang
tengah dok sembang pasal K-Pop tetiba Fitri cantas dengan mengubah topik
kepada kerja Maths yang masih belum siap.
Muahahaha....
Dia juga sudi buka telinga setiap kali Fitri mengadu tentang crush (dia pernah
ingatkan Fitri tentang crush itu haram tapi dua2 pun 2x5 tetap gatal nak bercrush bagai, kalau
koko krunch tu kenyang la juga)
Even kengkadang sakit juga hati bila kita macam bercakap dengan meja dia,
tapi kalau dia sudi buka mulut dan balas apa yang Fitri membebel dan lepas tu dia gelak
kiranya Fitri berjaya... berjaya apa Fitri pun tak tahu. =P
Thanks sudi layan budak yang kengkadang macam orang terlepas dari hospital bahagia
macam aku ni, Shaz.
Akhir sekali, terima kasih banyak-banyak buat semua yang sudi datang menjayakan majlis hi-tea yang mungkin akan jadi aktiviti terakhir P. Islam SMKABC untuk tahun ini. Terima kasih juga pada ustazah dan cikgu-cikgu yang sudi melayan kita orang yang gila-gila ni. Maaf untuk adik-adik Puteri akak jika akak ada terkasar bahasa atau tergelakkan korang atau terjeling korang tanpa sengaja atau buat korang pening dengan perangai akak yang mengalahkan budak 7 tahun. Heeee...
Thanks untuk geng (Shaz, Kema, Liana, Azy, Izzati) sebab korang layan aje aku yang kepala otak macam empat jam duduk dalam freezer. Thanks juga buat Hotel Casuarina untuk servis anda yang terbaik. Maaflah kalau kami terlampau gediks sambil mengunyah dim sum yang lembut. (Kema punya pasallah Fitri terpengaruh dengan dim sum)
Apa-apa pun, memang enjoy la! Thanks Kema untuk buku kecil tu tau! ^_^
P/s : Kema, apa hadiah Liana yang kau dapat tu? ;)
Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^
No comments:
Post a Comment