Thursday, 22 May 2014

Hikmah, Nasihat, Ilmu... #15 (3 Pengajaran)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...


Pengajaran 1 :

Korang belajar bertahun-tahun, berpeluh-peluh memikul beg yang beratnya teramat-amat, lepas tu bila tiba peperiksaan, korang MENIRU. Puaskah perasaan korang? Korang dapat straight A's, korang dapat jadi tokoh pelajar sekalipun, korang rasa puas ke?

Apa faedahnya korang dok belajar macam nak gila tapi bila periksa korang meniru. Come onlah! Korang mungkin boleh terlepas hukuman di dunia tapi di akhirat nanti, tunggu ajelah. Lagipun, tak kesian ke dekat mak bapak korang. Diorang hantar korang pergi sekolah dengan harapan korang boleh ubah nasib keluarga. Bukannya memalukan keluarga!

Jangan jadi pandai tapi bodoh.


Pengajaran 2 :

MENCURI. Hello, tak pernah lagi aku dengar ambil benda orang tanpa kebenaran tu perkara yang mulia. Mazhab mana kau pakai? Der, agak-agak dah teringin sangat nak benda tu, usahalah sendiri. Nak buah, kat pasar berlambak jual tak pun tanam aje pokok depan rumah.


Pengajaran 3 :

Wahai pak cik-mak cik sekalian, termasuklah remaja-remaja yang dikasihi. Korang tu role model untuk budak-budak yang masih ada gigi susu. Perangai yang tak semenggah tu bungkus elok-elok lepas tu humban dalam lombong kalau korang ada dekat depan budak-budak. 



^.^ ^.^ ^.^ ^.^

Faham tak? Tak faham, baca balik dan fahamkan balik. Sesungguhnya Fitri memang tengah menyindir. Pfft! Sindir kau yang terlibat termasuklah diri sendiri. So, daaa.... please, humban perangai tak semenggah tu dalam lombong. Mu pahe dok, Fitri?

No comments:

Post a Comment