Friday 17 January 2014

Kucingku Boyfriendku

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Perggghhh.... dah lama rasanya tak merepek, merapu, menggedik, mengada, me segala jenis me la dekat blog. Maklumlah, eden ni skema, tak reti nak merepek-repek. (statement minta penumbuk dua das.. dush..) Tapi betul apa, rasanya sejak umur eden dah nak naik 61 tahun ni, eden rasa makin matang. Tapi mulut tetap berbisa. Otak pun masih sewel kekadang. Biul memanjang.

Masuk ke tahun 2014, macam-macam pengalaman dah dapat. Pengalaman yang best, pengalaman yang tak best. Yang best dululah, apa yang best ek? (fikir 20 minit sat) Haa, dapat dah! Dah tua dah rupanya saya. Haha! Itu pun best ke? --' Yang tak best? Omi (my luvly-duvly cat) dah kuat mencakar + menggigit. Sakit woiiii!

Fuhhh, dah jauh menyimpang dari tajuk nampaknya eden ni. Haha! Maapkan hamba, tuan hamba. Hamba tak sengaja. Hehe... ok, boyfriend atau nama tak femesnya, pakwe. Syok ke ada pakwe? Berkepit 24 jam macam belangkas. Lepas tu calling-'malling' say I lap u, u lap me. Syok ke?

Tak pernah rasa ke yang itu semua membazirkan kredit anda yang tiap-tiap minggu top-up 10 hinggit? Tak dinafikan juga, Fitri pernah rasa... rasa... rasa macam mana ek. Haa, macam ni --> Teringin nak berpakwe. Tapi... bila difikirkan balik, bukan ke COUPLE ITU HARAM. Dari dok couple baik nikah teruihhh. Sah-sah halal.


Hehehe... bukan nak cakap besar. Takut juga sebenarnya, kita dok kata lebih baik nikah, lebih baik nikah. Tengok-tengok nanti terbalik jadinya. Tup-tup jumpa kawan-kawan lepas habis sekolah nanti eden bawa sorang laki. Diperkenalkan dengan 'bangganya', ini pakwe I. Tak ke malu besar dibuatnya. Errkkk... sentap wei!

Tapi setakat ni alhamdulillah, masih tiada tanda-tanda nak bercouple or yang sewaktu dengannya. Just kalau nak suka-suki tu adalah sorang. Haha! Biasalah kan, remaja. Mak eden remaja 40 tahun yang lepas pun melalui perkara yang sama. Macam anak dia, mak eden pun seorang secret admirer. Tapi dah takdir, kahwin dengan darlingnya sekarang. (bapak Fitri le tuuu) Hehehe...

Tapi, Fitri ada 'seorang' pakwe yang gila punya hensem kau. Kuku dia lagi hensem. Sekali cakar, meraung 10 hari 10 malam Fitri dibuatnya.

Ni dia pakwe I -->

Amacam? Hensem tak? Haha! Bila tiba musim 'gatal' dia. Habis satu kampung bergema dengan suara dia. Takut juga sebenarnya bila tiba musim 'gatal' dia tu. Bising terlampau. Kadang-kadang dua tiga pagi memekak. Takut jiran marahlah. Kut marah aje tak apa. Buatnya jiran pi tembak dia siapa yang meraung? Fitri juga...


Tapi nak halang pun tak guna. Fitrah le tu. Sedangkan manusia pun ada yang gatal. Inikan pula kucing. Ya dok? Takkan nak sumbat dia dalam sangkar setiap kali tiba musim 'gatal'? Atau... pergi mandulkan dia? Fitri bukannya orang kaya. Lagipun kucing Fitri ni keturunan liar. Nampak orang lain selain tuan dia, macam Usain Bolt dia lari. Nampak kereta pun lari. Macam mana nak bawa dia pergi klinik?

I love my boyfriend, Romeo a.k.a Omi. Tanpa Omi, hidup Fitri tak bermakna. Pernah hari tu bercuti tiga hari dengan keluarga belah mak tapi bapak Fitri tak ikut sebab tak ada cuti. Bapak Fitri cerita, tiap-tiap hari Omi mengiau kuat-kuat. Bunyinya ala-ala panggil mak. Waaaa... sedih woii! Lepas tu, waktu Fitri call bapak Fitri, tengah-tengah tulah Omi mengiau. Kuat pula tu. Huhuhu... nak nangis aje rasanya waktu tu.

Lepas tu bapak Fitri tanyalah dekat Omi. (masih dalam call) 'Rindu Nurul ke?' Tau tak Omi buat apa? Dia diam je. Sampai hati kau, Omi! Fitri rindu tahap bom mortar kat Omi, Omi diam aje. Dush! Kasi penumbuk empat das. Haha... belum sempat tumbuk, dah kena cakar.

"Janganlah ambil gambar I."
Lepas tu nak tau tak... pagi tadi, nak buatkan nasi untuk dia. (ikan + nasi) Fitri terhegeh-hegeh sikit sebab ikan tu keras nak mamp**. Dia punyalah geram sebab Fitri lambat, suka suki dia aje gigit kaki Fitri. Grrr... mula-mula tu sopan aje gesel-gesel kepala kat kaki Fitri lepas tu gigit. Fitri apalagi, membebel macam mak nenek. Mak Fitri boleh gelak aje. Huh! Sabar ajelah. --'

Tapi, cakarlah banyak mana pun, gigitlah kuat-kuat pun, awak tetap boyfriend saya satu-satunya, Omi. Boyfriend aje, suami tak boleh. Haha! :P

Oklah, itu aje nak membebel. Omi kirim salam rindu dan cinta kepada semua pembaca blog tuan dia yang over-loaded 'comel' ni. Ngeee... ;)

Wassalam. Tata.

No comments:

Post a Comment