Wednesday 1 January 2014

Hikmah, Nasihat, Ilmu... #6 (Tahun Baru, Orang Lama)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...


Ikut kata hati, mati...
Ikut kata rasa, binasa...

Alhamdulillah. Allah masih memberi kesempatan untuk Fitri bernafas di muka bumi pada 1 Januari 2014.

Bangun-bangun pagi tadi, tengok kalendar. Awat Disember 2013? Bukan semalam dah masuk 2014 ke? Haha! Rupa-rupanya lupa nak tukar kalendar. So, kelam kabutlah pi cari gam, tampal kalendar cenonet kat dalam bilik. Cenonet aje yang ada, jadilah. Hehe...

Terlalu banyak kenangan manis bagi tahun 2013. Terlalu banyak untuk diceritakan sebenarnya. Jadi, ringkasnya, manis. Itu sahaja yang dapat diceritakan. Tapi, bersyukur juga ke hadrat-Nya, persahabatan Fitri bersama sahabat Fitri, Mai, makin baik walaupun kadang-kadang 'wrestling' juga. Fitri tak pandai memujuk, jadi kalau dia merajuk, pujuklah diri sendiri. Haha! (kejam)

Bukan Mai sahaja, malah empat orang lain 'askar' yang comel-comel tu pun sentiasa terlekat di hati kecil ini. Meskipun nak telefon, ada yang nombor dah kena block, ada yang malas nak cas fon, ada yang hantar hari ni, esok baru balas. (sabar ajelah) Korang berlima tetap di hati aku. Tanpa korang, aku umpama bumi tanpa oksigen. Terima kasih sudi hadir menceriakan duniaku yang kelam. :')

Terima kasih juga pada rakan-rakan lain yang super duper cute. Especially Aina, Ain, Fadhil, Erna, Husna, Nurin, Umairah dan ramai lagi. Korang umpama matahari yang bersinar. Meskipun terik, namun cahaya yang dipancarkan cukup untuk menyinarkan seluruh alam. :)

Pada rakan-rakan di alam maya, korang juga sentiasa berada dalam hati kecil ini. Korang pendorong mental saya untuk terus bertapak dalam dunia penulisan. Meskipun merepek tapi korang tetap sanggup mencemar duli membaca segala repekan saya. Terima kasih besor-besor untuk anda semua.

Azam? Fitri tak pernah tukar azam sejak dari kecil, sejak Fitri kenal apa itu sekolah. Apa azamnya? Biarlah rahsia. Fitri berazam juga, tak nak tukar azam tersebut. Azam tersebut menjadi dorongan kepada Fitri untuk terus belajar dan belajar. Belajarlah sehingga jasad kita terkubur di liang lahad. ;)

Last word, Selamat Tahun Baru. Jangan hanya tahu berazam bagai nak rak. Kongsi di sana-sini azam korang. Tapi, usahanya hampeh. (pesanan untuk diri sendiri juga)

Belajar ~ Usaha ~ Doa ~ Tawakkal

Wassalam 2013, As'salam 2014. Sebulan aje lagi... hehe... (apa yang sebulan? biarlah rahsia)

No comments:

Post a Comment