Friday 11 December 2015

Rindunyaaaaaa

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Rinduuuuu...

Rinduuuuu sangat...

Rindu nak dengar bunyi loceng sekolah.

Rindu nak bagi salam siap kali berselisih dengan cikgu dekat koridor.

Rindu nak nyanyi lagu Negaraku setiap pagi.

Rindu nak duduk kat tapak perhimpunan.

Rindu nak dengar bunyi budak-budak bercakap yang mengalahkan kawan dia ada 4 batu dari dia. Satu sekolah dengar wooo...

Rindu nak intai abang-abang senior. (waktu ni zaman tahap gatal meninggi... ahaksss...)

Rindu nak bergurau dengan kawan-kawan.

Rindu nak lepak dengan kawan-kawan.

Rindu nak sembang pasal KPop dengan kawan-kawan.


Rindu nak dengar cikgu bercakap dekat depan kelas sambil tangan Fitri dah macam wartawan menyalin apa yang cikgu cakap.

Rindu nak main bola jaring gila. ;P (bola jaring pun main macam bola sepak waktu PJPK, korang ada? =P )

Rindu nak beli air anggur 30 sen dengan 50 sen dekat kantin.

Rindu nak dengar suara cikgu marah sampai satu sekolah boleh dengar. (bukan Fitri yang kena marah, ya... ;) )

Rindu nak berkawad dengan kakak-kakak dan adik-adik Puteri Islam.

Rindu nak marah adik-adik Puteri Islam yang buat tak betul waktu berkawad. (lepas tu Fitri minta maaf balik tau... ;) )

Rindu nak duduk bersila lepak dekat belakang kelas lepas tu bila nampak cikgu semua jadi budak nerd. Baik aje duduk kat tempat duduk masing-masing.

Rindu nak bawa beg sekolah yang berat sampai dah bongkok macam nenek kebayan.

Rindu nak kena panggil dengan gelaran 'Kak Ton' lagi.

Rindu nak bajek cool waktu form 2 sebab first time ada juniorlah katakan.

Rindu nak membebel tak tentu arah dengan kawan-kawan.

Rindu nak berjalan ala-ala model muslimah pergi ke kantin.

Rindu nak intai crush setiap hari. (maaf, ini zaman jahiliah.. >_<)

Rindu nak masuk kelas ERT.

Rindu nak masuk makmal komputer belajar ICT waktu form 1 & 2.

Rindu nak belajar Maths. ='/ (maaf add maths, saya tak rindu awak.. ;P)

Rindu nak bergaduh manja dengan kawan-kawan.

Rindu nak main tarik-tarik tudung, tapi tak adalah sampai tercabut. Hahaha...

Rindu nak bajek buat study group, sudahnya jadi gosip group.

Rindu nak dengar 'CEO' yang tak habis-habis bagi arahan sejak dari form 2. ;P

Rindu nak bangun pagi-pagi yang sangat liat terutama hari Isnin.

Rindu nak merasai perasaan yang sangat teruja apabila loceng tanda waktu persekolahan tamat pada hari Jumaat.

Rindu nak ponteng latihan rumah sukan. =P

Rindu nak intai junior-junior comel terutama form 1. (tahun ni budak-budak form 1 over cute sebab semua kemetot lain macam. tak macam form 1 kalau tengok...)

Rindu nak buat kerja sekolah lepas tu Epok tengah itulah nak kacau.



Rindu nak pergi beli barang sekolah.

Rindu nak pakai baju uniform sekolah.

Rindu nak jadi budak sekolah balik. Huhuhu...

Rindu ini akan bersambung di waktu dan hari yang lain.

Sekian.

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^_^

No comments:

Post a Comment