Saturday 27 September 2014

Balik Kampung Tapi Tak Sampai

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Hehehe... sebelum mulakan entry, ada seorang 'nony' komen dekat entry review novel Bintang Hati Saya sebelum ini. Dia cakap, Zarith tu mesti Hakimi, kan? Huhuhu... ya ke Zarith tu Hakimi? Errmmm... lupa! (drama je lebih ni)

Ok, tak habis lagi sebenarnya excited dengan novel tu. Itulah satu-satunya novel yang agak tapi tak adalah thriller sangat yang pernah aku baca. Jadi, kesimpulannya memang kena dengan jiwa aku. Kena sangat-sangat. Ibarat roti jala dicicah kari daging. Perrgghhh...


Sebenarnya hari ni aku ada lawatan ke Kuala Kangsar anjuran Sivik Ting. 4. That's why la tajuk entry ni 'Balik Kampung Tapi Tak Sampai'. Kampung aku dekat Kuala Kangsar tapi jauh lagi. Erk... faham tak ayat twist aku tu? Kalau tak faham kau buat-buat ajelah macam kau faham sangat-sangat. Ok? ;)

Kuala Kangsar. Salah satu daerah di Perak yang aku suka. Sebab pertama aku suka K. Kangsar ialah K. Kangsar ialah bandar diraja. Aku suka tengok Istana Iskandariah  yang tampak begitu gah jika dilihat dari jauh. Yang paling the best dekat K. Kangsar ialah Masjid Ubudiah. Seni bina Masjid Ubudiah sangat unik dan aku rasa satu-satunya masjid paling unik seni binanya di Malaysia. Lagipun aku rasa macam ada chemistry dengan Masjid Ubudiah. Feeling macam the mosque was so near to my heart.

Lepas tu yang best lagi dekat K. Kangsar ialah Galeri Sultan Azlan Shah dengan Muzium Diraja Perak. Semua tempat yang aku mention tu semua terletaknya di Bukit Chandan. Memang bestlah cite dia. Tak tercerita.

Sebab kedua aku suka K. Kangsar ialah tempat shopping yang banyak. Haha! Aku dengan mak aku memang kaki shopping. Kalau balik kampung tu bila balik rumah, kalau boot kereta tak penuh memang bukan kereta bapak akulah tu. Hehehe...

So, pagi tu kelam kabut kemas beg konon macam nak pergi lawatan ke KL. Walhal KK ajepun. Kalau boleh sampai satu rumah nak disumbat dalam beg. Kalau dengar macam lawak, kan... sekolah tak sampai dua marhalah pun dari K. Kangsar. Tapi nak buat lawatan kat sana. Macam tak boleh pergi sendiri. Tapi, yang itulah kebenarannya. Kadang-kadang nak tunggu mak bapak bawa kena tunggu lama sampai diorang ada free time.

So, bertolak dari sekolah dalam pukul 8 macam tu. Tak sampai sejam dah sampai dekat Pesisiran Sayong. Dekat sana kita orang pergi ke tempat labu sayong. Sah-sah pergi tempat labu sayong, kan? Dah nama pun Pesisiran Sayong! :3

Tengoklah cara-cara buat labu sayong. Kalau takat yang pak cik tu tunjuk buat guna acuan tu aku tak berapa excited sangat. Tapi bila tengok mak cik tu buat cara tradisional... memang mulut ni kalau kaum kerabat lalat ke langau ke, nak masuk pun boleh. Dalam masa kurang 5 minit aje, dah dapat satu labu. Giler expert arr mak cik tu! Tapi labu yang kecik arr. Kalau labu yang besar macam simpang nak Jambatan Sultan Abdul Jalil tu tak adalah sampai lima minit. Mahu lima bulan or lima tahun.

Aku try google tup-tup jumpa gambar-gambar ni.



Memang mak cik dengan pak cik nilah yang kita orang jumpa dekat tempat labu sayong tu. Perrgghh... femes giler rupanya pak cik tu punya kilang labu sayong. Kenapa aku tak sedar selama ni? Sedihnya! T_T


Ni labu sayong dekat simpang tu. Memang taklah nak buat dalam masa 5 minit je.

Dekat tempat labu sayong tu aku tak tangkap gambar pun. Seriously aku excited sangat tengok mak cik tu dok buat labu sayong sampai aku lupa nak amik gambar. Yang aku ingat nama tempat tu Win Kraf. Tempat tu jauh ke belakang sikit.

Lepas pergi tengok labu sayong, pergi pula Galeri Sultan Azlan Shah. Aku memang dah lama teringin nak masuk dalam tu. Tapi, asalkan aku pergi dengan family mesti tutup. Betapa hancur luluhnya hati kecilku. Jadi, dah ada peluang apalagi, pakat serbu arr!

Memang best bila masuk Galeri Sultan Azlan Shah. Rasa macam kita lalui pelbagai zaman. Dari zaman Almarhum Sultan Azlan Shah sewaktu baginda menjadi majistret sehinggalah baginda bergelar Sultan Perak. Tempat tu seronok sebab kita boleh tengok depan mata barang-barang yang pernah digunakan oleh Almarhum Sulan Azlan Shah.

Tapi, dekat dalam tu tak boleh tangkap gambar. So, tangkap dekat luar ajelah.


Aku pernah kena bebel. Diorang cakap, aku dok upload gambar diorang dekat blog tapi gambar aku, aku tak upload. Macam tak aci arr. Aku tak nak tunjuk muka aku tapi aku tunjuk muka diorang. Jadi, tak nak diorang sentap, aku uploadlah juga. Itupun tak jelas muka aku. Ok, fine! Aku terlebih 'comel'. Tapi comel lagi aku dari kak ton. Muahaha... (diorang tu kawan-kawan aku)


Muka Umairah tak ada! :3

Dah penat selfie bagai lepas terkesima tengok Rolls Royce depan mata, kita orang bertolak pergi Masjid Ubudiah. Tapi, sayang berjuta kali sayang. Sekolah depan Masjid Ubudiah buat aktiviti. Jadi, memang depan Masjid Ubudiah tu sesak giler. Bas memang tak boleh berhenti langsung. Jadi, tengok ajelah Masjid Ubudiah dari atas bas. Itupun lupa nak ambil gambar kubah masjid tu. Errr... entah kenapa otak blank waktu tu.

So, kita orang terus pergi ke Muzium Diraja Perak. Tapi, sayangnya muzium tu tutup. Masih dalam renovate. Lama gilerlah dia renovate. Aku rasa last aku nak pergi muzium tu dalam beberapa tahun lepas. Itupun tutup sebab renovate. Sekarang, aku pergi lagi dan tutup lagi! Renovate lagi. Aduh, kuciwa tertonggeng.

Tapi sempatlah tangkap gambar dari luar, dari atas bas. Aku nak turun bontot dah terlekat dekat kerusi.



Jadi, kita orang straight aje pergi ke lembah. Tempat yang ada Arena Square tu. Aku tak tahu apa nama betul tempat tu tapi majoriti orang panggil tempat tu lembah termasuklah aku. Ada juga yang tak tahu lembah dekat mana. Tak tahulah kut-kut diorang panggil lain. Tapi memang aku panggil tempat tu lembah.

Dekat lembah tu apalagi, kaki-kaki shopping ni semua pakat jalan sampai ke Arena Square. Kena pula dekat Arena Square sekarang ada Ekspo Jualan. Makin panjanglah langkah kita orang. Tapi, sampai sekarang aku still tak faham. Ekspo yang dianjurkan di Arena Square lain-lain. Tapi, asal ada ekspo, gerenti peniaga yang sama yang aku jumpa. Benda yang sama juga yang aku nampak. Memang Arena Square tu tempat tetap diorang berniaga ke apa? Sebab setahu aku kalau tak ada ekspo, Arena Square jadi tempat parking kereta.

Tengok, Budak K. Kangsar sendiri pun tak tahu tentang K. Kangsar. Aduh, nyorok dalam almari arr gini!

Dah shopping bagai semua, terus balik. Aku balik tu dah macam orang gila. Selang 2 minit 48 saat aje mesti menguap. Dapat pula duduk bawah air-cond, lagilah aku menguap tak henti-henti. Tapi sempat juga tangan aku klik-klik-klik (tangkap gambarlah maknanya).

Antara gambar yang aku tangkap.




Sebenarnya banyak lagi gambar yang aku tangkap. Tapi hanya yang terbaik yang aku pilih. Terbaiklah sangat! Hehehehe... ingat nak ambil gambar yang diorang tangkap, tapi aku yang terlebih turbo upload gambar. Hehehe... diorang tak upload pun lagi.

P/s : Gambar-gambar tu semua hasil copy&paste, jadi memang tak boleh dibesarkan kalau guna komputer. Kalau guna tab, aku tak tahu. Aku pun guna fon cikai. :P

Apa-apa pun, I L♥V KUALA KANGSAR! Selamanya 'kau' di hatiku. Muuuuuahhhh...

Erk?!

Gedik melampau, kan aku ni?

Huhuhuhu... setakat ini ajelah bebelan aku kali ini. Mudah-mudahan kita dapat berjumpa lagi di lain entry. Tata... titi... tutu...

HOPE BOLEH PERGI GALERI SULTAN AZLAN SHAH LAGI. HUHUHU...

Wassalam. Tata. Thanks sudi baca Fitri merepek. ^^

No comments:

Post a Comment