Saturday 26 October 2013

Lili Buat Fitri

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan hai semua...

Hari ni tiada cerpen mahupun novel lagi. Mood Fitri hilang dibawa oleh angin. Angin novel Lili Buat Najah. :'(

Lili Buat Najah by Nazurah Aishah
pic credit to google.com

Novel ni amat-amat sedih sampai Fitri rasa Fitri bukan lagi Fitri tapi Fitri ialah Natasha. Watak utama dalam novel ni. Novel ni mampu membuat Fitri 'hilang' dari dunia realiti. Nak tahu perasaan Fitri waktu baca novel ni? Dengar lagu ni. :'/


Sedih, kan? Sebenarnya Fitri dah tahu dah ending novel ni sewaktu Fitri belum lagi beli novel ni. Fitri dah tahu tapi nak juga beli sebab tak tahan dengar orang dok bergosip kata novel ni memang mampu buat air mata  korang menitik.

Novel ni sangat-sangatlah best dan kesedihannya boleh meragut tangkai hati korang. Tak bernyawa Fitri dibuatnya. Sesak dada ni bila membacanya. Air mata dok steady aje nak turun tapi Fitri baca novel ni waktu dekat rumah opah Fitri. Segan nak nangis dekat rumah orang. Sedangkan depan mak Fitri pun Fitri tak nangis.

Bila tiba aje part sedih, air mata dah bertakung cepat-cepat Fitri tengok Running Man yang tak pernah Fitri tengok tu. Lepas tu buat-buatlah macam gelak, sengih, senyum padahal air mata dah penuh. Lepas tu agak-agak dah ok sikit, sambung balik baca. Tengok Running Man tanpa feeling tau! Sekadar nak menutup rasa sedih di hati ni.

Dan buat sesiapa yang tak pernah baca novel ni, nak cakap satu aje. Najah tu lelaki. Ok, Fitri pasti tak ramai pun yang terkejut. Tapi seriously Fitri tanya kawan Fitri banyak kali. Betul ke Najah tu lelaki?? And yes, Najah is a man.

Sebenarnya Fitri masih terkedu dengan endingnya sampai jemari ni kaku tak tahu nak review apa untuk novel kali ni. :')

Ini sinopsisnya :

Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri.

Itulah permulaan kisah ini... yang bagaikan sudah terang lagi bersuluh. Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah?

Jika tidak, bagaimana pula dengan perasaan?

Berkorban perasaanlah yang paling memedihkan, kerana perasaan itu tidak pernah ada bau dan warna; lalu sukarnya untuk orang lain memahami, apatah lagi merasai...


Tulis Najah:

apalah maknanya bulan kalau langit diselubungi mendung

apalah ertinya mentari kalau sinarnya dihalang gerhana

jadi bagaimana aku harus terus hidup

kalau mentari tidak mahu berkongsi kehangatannya dan bulan tidak mahu meminjamkan sinarnya...?

Najah, sudah jadi fitrah alam... matahari itu tetap terbit dari arah timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam!


(Sinopsis credit to Resensi Novel)

Ini Fitri describe watak-wataknya.

Natasha - Fitri rasa Fitri adalah Natasha. Tak tahulah apa perasaan orang lain bila membacanya. Tapi yes, Fitri rasa Fitri la Natasha tambahan pula penulis gunakan watak Natasha ini sebagai 'aku'. Dia wanita yang tabah and yes, Najah sangat-sangat beruntung dapat Natasha sebagai isterinya. Setiap dugaan yang menimpa dirinya dihadapi dengan penuh keredaan walaupun payah. Dia ialah wanita kuku besi. Setiap kali dia melihat Najah bersedih, Fitri pun rasa macam Fitri lihat seseorang yang Fitri sayangi sedang bersedih. Dan kalau ini adalah realiti hidup untuk Fitri, entahlah. Mahu Fitri pun mati sekali dengan Najah. Fitri tak mampu menjadi sekuat Natasha. 

Najah - Sakit yang dideritainya disembunyikan dari pengetahuan isterinya yang tersayang sampai Tasha merajuk kerana hanya dia seorang yang tak tahu soal penyakit Najah. Sebenarnya dia sakit sejak lahir. Paling-paling menyayat hati adalah waktu dia dibuang oleh mamanya hanya kerana dia berkahwin dengan Natasha di UK. Dia tak menangis tapi Tasha yakin dia menangis. Saat-saat yang paling Fitri tak sanggup nak baca ialah saat akhir hayatnya. Fitri banyak skip part tu sebab Fitri tak ready untuk menghadapi kematian Najah. Wah, macam realiti pula! Tapi memang itulah yang Fitri rasa. Fitri janji akan baca balik bila Fitri dah ready. :')

Ada banyak watak sebenarnya dalam novel. Tak mampu rasanya nak describe satu persatu sebab semuanya sama sahaja. Tapi Fitri tabik toink-toink pada keluarga Najah except mamanya, Tunku Helena. Di permulaan sahaja, akhirnya Fitri tabik lebih dari toink-toink dengan semua watak yang ada.

Novel ni banyak mengajar Fitri menjadi matang. Mengajar Fitri macam mana nak mematuhi arahan seorang lelaki yang bergelar suami, mengajar Fitri macam mana untuk menjadi seorang yang tabah dan mengajar Fitri untuk menghormati orang lain especially ibu mertua. Yes, Fitri bawah umur. Tapi tak salahkan kita belajar benda tu semua awal-awal? Lagipun setiap gadis/wanita pasti akan menjadi seorang isteri dan mempunyai seorang ibu mertua juga nanti. Cuma waktu sahaja yang menentukan bila.

Haha... Dalam dok jemariku terkaku, panjang juga review Fitri kali ni. Heeee... Tapi Fitri seriously tengah sakit. Sakit tak dapat terima ending novel ni. Oh, air mata... Janganlah buat hal tengah menaip ni. Karang basah komputer aniayai banjir.

Apa-apa pun meh sini Fitri nak describe perasaan Fitri yang sebetul-betulnya dalam novel ni meskipun korang dah boleh nampak kan perasaannya sepanjang baca review tak seberapa dekat atas tu. Perasaannya -->

Saya, Natasha Ameera amat menyayangi dirimu duhai suamiku, Syahrun Najah.

Gedik? Suka hati koranglah apa yang korang nak anggapkan. Apa yang pasti, Fitri hanya berkongsi secebis perasaan yang ikhlas timbul dari lubuk hati paling dalam semasa membaca novel hasil nukilan Nazurah Aishah ini. :)

Terima kasih sudi baca. Wassalam... Tata...

2 comments: